OSTRICH ENTERPRISE
Adalah satu perniagaan perkongsian terdiri daripada 5 orang pekongsi. Jenama yang telah dipersetujui pekongsi bagi perniagaan ini adalah OSTrich. OSTrich menawarkan produk makanan bertemakan makanan segera yang di eksploitasi daripada daging burung unta. Di dalam rancangan perniagaan ini, konsep perniagaan bercirikan seperti sebuah kiosk makanan ringan yang bertempat di No. 27, Jalan Plumbum 7/S, 40000, Seksyen 7, Shah Alam 40000, Selangor Darul Ehsan.
Pekongsi ingin membuka minda masyarakat tentang kebaikan dan kelebihan khasiat daging burung unta. Hal ini akan pekongsi jadikan sebagai cabaran dan pembakar semangat bagi melariskan daging burung unta ini dengan cara mempelbagaikan jenis makanan ringan yang berasaskan daging burung unta seperti kebab, burger, satay, roti john serta sup brung unta.
Berbekalkan modal perlaksanaan sebanyak RM 93,237 Kiosk OSTrich dapat dilancarkan dengan jayanya. Antara produk utama yang ditawarkan oleh perniagaan OSTrich ini adalah Kebab OSTrich, Burger OSTrich, Roti John OSTrich, Satay OSTrich dan Sup OSTrich. Produk yang kami tawarkan ini sangat berpatutan harganya bermula dengan RM 2 sehingga RM 11.50. Pekongsi percaya bahawa keunikan produk berasaskan daging burung unta ini boleh menarik minat masyarakat mengamalkan pemakanan yang sihat.